Tilam, meja dalam longkang punca banjir kilat

SIKAT MIRING - Sampah besar termasuk tilam, kerusi dan meja yang tersekat pada tiang jambatan dalam longkang dikesan menjadi punca banjir kilat berhampiran Wisma UMNO di pusat bandar ini, kelmarin.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, yang kecewa dengan sikap segelintir masyarakat tidak bertanggungjawab, berkata sisa pukal yang tersekat itu memerangkap lebih banyak sampah lain menyebabkan longkang tersumbat.
"Pemeriksaan mendapati, dua longkang besar berhampiran kawasan itu tersumbat ketika hujan lebat lebih dua jam, sekali gus mengakibatkan air melimpah, sedangkan aliran longkang lain di pusat bandar lancar.
"Majlis Perbandaran Seremban (MPS) menyelenggara sistem perparitan secara berkala, namun jika sikap masyarakat yang membuang sampah ke longkang tidak berubah, banjir kilat tetap berulang," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan pelancaran Jentera Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) Dewan Undangan Negeri (DUN) Labu di sini, hari ini.
Mohamad berkata, kerajaan mengeluarkan peruntukan besar melaksanakan sistem tebatan banjir dengan membesarkan longkang beberapa tahun lalu dan projek itu terbukti berkesan kerana tiada banjir kilat berlaku di bandar ini sejak 2012.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang kelmarin, hujan lebat lebih dua jam menyebabkan beberapa kawasan di daerah ini, termasuk jalan berhampiran Wisma UMNO di pusat bandar, dilanda banjir kilat mencecah kedalaman 0.5 meter.
Sementara itu, ketika berucap di majlis itu, Mohamad mengingatkan semua ahli UMNO dan Barisan Nasional (BN) supaya menerima calon yang dipilih pucuk pimpinan parti untuk bertanding pada PRU-14 nanti.
"Siapa sahaja yang dipilih untuk bertanding, dia adalah wakil kita. Kita perlu ingat, perjuangan ini adalah demi parti, bukan individu. Jadi kita perlu memberi sokongan sepenuhnya untuk memenangkan wakil kita.
"Kita perlu sedar, sejarah membuktikan banyak peristiwa kekalahan termasuk peperangan besar bukan disebabkan oleh musuh yang kuat, sebaliknya pertelingkahan dalaman yang berlaku membabitkan orang sendiri," katanya.

Post a Comment