Header Ads

TABRAKAN Maut Kereta Dihimpit 2 Mobil dan 1 Sepeda Motor


SIKAT MIRING - Dua maut selepas sebuah kereta PERODUA Alza dilanggar treler di Batu 11, Jalan Segama, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa membabitkan seorang pemandu lelaki dan seorang penumpang wanita maut akibat tersepit.

Dua mangsa terbabit yang identiti mereka belum dikenal pasti menaiki PERODUA Alza dan dikatakan dalam perjalanan ke arah Kota Kinabalu, manakala treler dari arah bertentangan.

Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Khatizah Rahaban, berkata bomba menerima panggilan pada jam 11.47 pagi dan menghantar enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu dengan sebuah jentera.

Katanya, mangsa pertama iaitu pemandu hanya dapat dikeluarkan pada jam 1.40 tengah hari, disusuli mangsa wanita yang duduk di bahagian penumpang hadapan pada jam 2 petang.

"Anggota bomba terpaksa menunggu lori treler dialihkan, sebelum boleh mengeluarkan dua mangsa yang tersepit," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang berada di tempat kejadian dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.


No comments